Tarikh : 08/02/2022 Masa : 02.30pm – 05.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membiasakan diri para peserta dengan kegunaan emel dalam urusan harian. Mereka telah mempelajari cara untuk menghantar emel secara formal. Secara tidak langsung, mereka telah diberi pendedahan awal tentang cara menghantar emel dan dapat menggunakan ilmu yang telah dipelajari ini semasa hendak memohon kerja pada masa akan datang.
AKTIVITI
Dalam bengkel ini, mereka telah mempelajari cara untuk menghantar dan membalas emel. Bukan itu sahaja, para peserta bengkel juga turut mempelajari cara untuk meletakkan tandatangan dalam setiap pesanan emel.