mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR NURTURE EKELAS USAHAWAN – STRATEGI PEMASARAN DIGITAL

Tarikh            : 10/06/2025

Masa             : 10.00am – 11.00am

Tempat          : NADI Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 1 peserta

TUJUAN

Webinar ini dianjurkan bertujuan untuk membantu para usahawan, khususnya usahawan mikro dan kecil, memahami asas serta pendekatan praktikal dalam strategi pemasaran digital. Program ini memberi fokus kepada penggunaan platform digital seperti media sosial, e-dagang dan pengiklanan atas talian untuk memperluas capaian pelanggan serta meningkatkan jualan. Ia juga bertujuan membina keyakinan peserta dalam membina jenama secara dalam talian dan menyesuaikan strategi pemasaran mengikut perubahan pasaran digital semasa.

AKTIVITI

Sepanjang sesi webinar, peserta akan diberikan pendedahan tentang teknik pemasaran digital yang efektif, termasuk cara mengenal pasti audiens sasaran, mencipta kandungan yang menarik serta menguruskan kempen di media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Turut diketengahkan adalah penggunaan platform e-dagang seperti Shopee dan WhatsApp Business untuk menjual produk dengan lebih sistematik. Peserta juga akan mempelajari asas membina identiti jenama dan strategi untuk mengekalkan pelanggan sedia ada. Sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman bersama usahawan berjaya turut dimuatkan bagi memberi inspirasi dan panduan terus daripada lapangan sebenar.

Lihat Gambar Disini