| Tarikh : 14/12/2025 Masa : 3.00pm – 4.00pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri melalui pemeriksaan asas seperti tekanan darah (BP), paras gula dan Indeks Jisim Badan (BMI). Ia bertujuan membantu peserta mengenal pasti tahap kesihatan semasa serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
AKTIVITI
Peserta menjalani pemeriksaan kesihatan asas meliputi bacaan tekanan darah, paras gula dan pengiraan BMI. Sesi penerangan ringkas turut diberikan bagi membantu peserta memahami bacaan yang diperoleh serta nasihat umum berkaitan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit.