| Tarikh : 16/01/2026 Masa : 3.00pm – 4.00pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bagi membentuk kesedaran dalam kalangan pemain e-sukan tentang kepentingan etika dan sikap positif semasa bermain. Ia bertujuan melahirkan pemain yang berdisiplin, beradab, menghormati rakan sepasukan dan pihak lawan serta bertanggungjawab dalam penggunaan platform permainan digital.
AKTIVITI
Peserta mengikuti sesi perkongsian berkaitan etika permainan, komunikasi berhemah dan pengurusan emosi ketika bertanding. Perbincangan situasi sebenar turut dijalankan bagi membantu peserta memahami kesan sikap negatif seperti tingkah laku toksik, serta menggalakkan amalan e-sukan yang sihat dan profesional.