| Tarikh : 14/03/2026 Masa : 8.00am – 3.00pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 40 peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bagi menghidupkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di samping memberi peluang kepada usahawan dan komuniti setempat menjalankan aktiviti jualan. Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat serta menyokong usaha mempromosikan produk tempatan.
AKTIVITI
Pelbagai gerai jualan disediakan yang menawarkan barangan seperti makanan dan minuman, kuih raya, pakaian, aksesori serta barangan keperluan Hari Raya. Program ini turut diserikan dengan aktiviti komuniti dan penglibatan pengunjung yang datang memeriahkan suasana bazar.