Laporan Aktiviti

BENGKEL MENAIP SURAT KIRIMAN RASMI

Tarikh          : 07/11/2021

Masa           : 03.00pm – 06.00pm

Tempat        : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 2 peserta

TUJUAN

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada format penulisan surat kiriman rasmi yang betul. Selain itu, bengkel ini juga dapat membantu peserta menguasai penggunaan Microsoft Office Word dengan baik.

AKTIVITI

Peserta telah mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Word sebelum memulakan bengkel. Kemudian, peserta telah diminta untuk menaip surat kiriman rasmi menggunakan format yang betul.

Lihat Gambar Disini