Tarikh : 15/09/2018 Masa : 09.00am – 02.00pm Tempat : Pusat Internet Pekan Sik dan Kampung Tala Peserta : 100 peserta |
TUJUAN
Untuk mempromosikan PI dan mendekatkan PI dengan komuniti setempat. Ia juga dapat memberi kesedaran kempen KDB kepada masyarakat dalam penggunaan internet. Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan lebih mendalam lagi tentang Dashboard Komuniti kepada masyarakat setempat supaya menggunakan Dashboard Komuniti dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu, ia dapat menarik minat komuniti untuk datang ke PI.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Dashboard Komuniti Challenge yang mengetengahkan My Komuniti, My Shop dan My Health. Selain itu, Pengenalan KDB dan Kuiz KDB juga turut diadakan bagi menarik minat komuniti. Disamping itu, aktiviti pakaian beragam dan kuiz merdeka diadakan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara. Pada sebelah pagi, diadakan senamrobik bagi menyihatkan badan peserta. Usahawan Online juga turut disertai oleh usahawan komuniti yang berhampiran. Tidak lupa juga, pameran daripada pelbagai agensi bagi memeriahkan program ini.