| Tarikh : 09/08/2025 Masa : 9.00am – 11.00am Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 15 peserta |
TUJUAN
Kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan menggunakan internet dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab. Program ini menekankan aspek keselamatan maklumat, etika ketika menggunakan peranti digital, serta pendedahan tentang risiko jika internet digunakan tanpa kawalan. Objektif utama adalah untuk membimbing murid agar bijak menggunakan internet sebagai sumber pembelajaran, dan tidak terdedah kepada penggunaan media sosial yang dilarang untuk bawah umur 12 tahun.
AKTIVITI
Sepanjang kempen ini, murid-murid akan didedahkan kepada penerangan asas tentang cara menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran dengan selamat, cara melindungi maklumat peribadi, serta bahaya berkongsi gambar atau maklumat dengan orang tidak dikenali. Sesi tayangan video ringkas, kuiz interaktif dan aktiviti kumpulan akan diadakan untuk menarik minat murid. Guru juga akan menekankan mesej utama bahawa media sosial hanya dibenarkan untuk 13 tahun ke atas, dan murid bawah 12 tahun perlu mengelak penggunaannya demi keselamatan diri.