| Tarikh : 10/02/2026 Masa : 3.00pm – 4.30pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik melakar dan memahami pola baju kurung pesak. Ia bertujuan membantu peserta menguasai asas pembinaan pola yang tepat sebagai langkah penting sebelum proses pemotongan kain dan jahitan.
AKTIVITI
Peserta mengikuti sesi penerangan dan demonstrasi cara mengambil ukuran badan serta melakar pola kurung pesak dengan betul. Latihan praktikal turut dijalankan bagi membolehkan peserta menghasilkan pola sendiri dengan bimbingan fasilitator.