| Tarikh : 15/02/2026 Masa : 10.00am – 10.30pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam kalangan pemain e-sukan. Ia bertujuan membantu peserta memahami tekanan yang mungkin dihadapi semasa latihan dan pertandingan serta cara mengurus emosi dan stres dengan lebih sihat.
AKTIVITI
Peserta mengikuti sesi perkongsian mengenai pengurusan stres, kawalan emosi dan keseimbangan antara permainan dan kehidupan harian. Perbincangan interaktif serta contoh situasi sebenar turut dijalankan bagi membantu peserta membina daya tahan mental dan sikap positif dalam e-sukan.