| Tarikh : 13/09/2025 Masa : 3.00pm – 4.00pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Webinar ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko penggunaan media sosial tanpa kawalan, khususnya bagi golongan muda dan pengguna bawah umur. Program ini menekankan kepentingan menangguhkan atau menghadkan penggunaan media sosial sehingga usia yang sesuai demi menjaga keselamatan diri, emosi, dan privasi dalam talian. Matlamat utama adalah mendidik peserta agar lebih peka terhadap bahaya seperti kandungan tidak sesuai, buli siber, penipuan digital, serta pendedahan maklumat peribadi.
AKTIVITI
Sepanjang sesi, peserta akan diberikan penerangan tentang garis panduan umur penggunaan media sosial, kesan negatif penggunaan awal tanpa pemantauan, serta contoh kejadian sebenar yang melibatkan risiko keselamatan dalam talian. Mereka turut dibimbing untuk mengenal pasti tingkah laku berisiko dan kepentingan peranan ibu bapa, guru serta komuniti dalam memantau akses digital anak-anak. Sesi interaktif dan soal jawab turut dijalankan bagi memastikan mesej “tangguh dulu demi selamat selalu” sampai dengan jelas dan berkesan.