mcmc
Maklumat Am

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Anda mahir membuat video???

Berminat untuk berkongsi tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan atau petua resepi???

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (‪#‎MYkif‬)

Terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

#MYkif merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan.

Peserta dikehendaki menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan.

Contoh kandungan adalah seperti kaedah ringkasan tugasan rumah harian, kraftangan, pertukangan, perkongsian resipi, amalan petua, penjagaan kesihatan, fesyen atau pelancongan. Video yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi 5 minit.

Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui atas talian di http://mykif.mcmc.gov.my/ Laman web ini hanya akan dibuka bermula pada 23 Mac 2016 manakala tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 30 November 2016.

Kunjungi Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kuala Kerik untuk maklumat lanjut.