| Tarikh : 23/02/2026 Masa : 10.00am – 10.30pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai perjalanan dan perkembangan dalam bidang e-sukan. Ia bertujuan memberi inspirasi serta gambaran jelas tentang peluang, cabaran dan potensi kerjaya dalam industri e-sukan.
AKTIVITI
Peserta mengikuti sesi podcast yang menampilkan perkongsian pengalaman mengenai langkah awal penglibatan dalam e-sukan, proses latihan, penyertaan pertandingan serta cabaran yang dihadapi. Sesi perbincangan santai dan interaktif turut dijalankan bagi memberi peluang kepada peserta memahami realiti industri e-sukan dengan lebih mendalam.