mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI

Tarikh            : 06/09/2025

Masa             : 10.00am – 4.00pm

Tempat          : NADI Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 65 peserta

TUJUAN
Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan menghayati nilai perpaduan, keharmonian serta identiti kebangsaan. Selain itu, program ini juga menjadi medium untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat melalui aktiviti berteraskan kenegaraan.

AKTIVITI
Sepanjang program, pelbagai pengisian akan dilaksanakan termasuk tayangan video kenegaraan, pertandingan berkonsepkan tema kemerdekaan, sesi nyanyian lagu-lagu patriotik, serta aktiviti interaktif yang melibatkan penyertaan komuniti setempat. Program ini turut menekankan mesej bahawa kemerdekaan bukan sekadar simbolik, tetapi satu amanah untuk dipelihara bersama demi masa depan negara yang lebih makmur.

Lihat Gambar Disini