Tarikh : 18/10/2022 Masa : 04.00pm – 5.00pm Tempat : PEDi Kg Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Peserta diberikan pendedahan tentang resume dan kepentingannya sebagai panduan untuk mencari kerja. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan peserta dapat menghasilkan resume yang baik dan berkualiti di samping membuka peluang kepada peserta untuk dipanggil temuduga. Bengkel ini juga bertujuan untuk melahirkan komuniti yang celik IT dan berdaya saing.
AKTIVITI
Peserta dibimbing oleh petugas untuk menghasilkan resume menggunakan Microsoft Office Word. Peserta juga telah diberikan tunjuk ajar tentang format lengkap penulisan resume yang boleh digunakan semasa mencari kerja kelak. Peserta dapat menghasilkan resume yang baik dan lengkap pada akhir bengkel.