Tarikh : 26/11/2024 Masa : 8.00am – 10.00am Tempat : SK Batu Lima Peserta : 184 peserta |
TUJUAN
Taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai NADI SAFE serta kepentingan keselamatan dalam talian. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat, selain membantu peserta memahami kebaikan dan risikonya. Selain itu, taklimat ini juga berperanan dalam memupuk budaya penggunaan internet yang bertanggungjawab bagi mengurangkan kes jenayah siber dalam kalangan pengguna.
AKTIVITI
Peserta akan diberikan penerangan serta pengenalan mengenai keselamatan digital melalui program NADI SAFE. Mereka akan diajar cara menggunakan internet dengan selamat dan beretika untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan. Di samping itu, peserta akan diterapkan dengan nilai-nilai murni, seperti menghormati pandangan orang lain semasa berkomunikasi dalam talian. Taklimat ini juga akan memberi panduan tentang kaedah melindungi maklumat peribadi serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan data.