mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT NADI SAFE DI SK HAJI HUSSAIN

Tarikh            : 14/11/2024

Masa             : 9.00am – 11.00am

Tempat          : SK Haji Hussain

Peserta          : 299peserta

TUJUAN

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada peserta mengenai NADI SAFE serta kepentingan keselamatan dalam talian. Melalui program ini, peserta akan memahami manfaat dan risiko penggunaan internet serta kepentingan mengamalkan etika digital yang baik. Selain itu, taklimat ini juga dapat membantu membentuk budaya penggunaan internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab, sekali gus mengurangkan ancaman jenayah siber.

AKTIVITI

Peserta akan diberikan pendedahan mengenai konsep keselamatan digital menerusi program NADI SAFE. Mereka akan belajar kaedah penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab bagi mengelakkan penyalahgunaan pada masa hadapan. Selain itu, peserta akan diterapkan dengan nilai-nilai murni, termasuk sikap hormat-menghormati dalam komunikasi atas talian. Taklimat ini turut merangkumi panduan mengenai perlindungan maklumat peribadi serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan eksploitasi data.

Lihat Gambar Disini