mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT NADI SAFE DI SK TELOI TUA

Tarikh            : 7/11/2024

Masa             : 8.00am – 10.00am

Tempat          : SK Teloi Tua

Peserta          : 236 peserta

TUJUAN

Taklimat ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai NADI SAFE dan kepentingan keselamatan dalam talian. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat serta memahami kebaikan dan risiko yang berkaitan dengannya. Selain itu, taklimat ini juga bertujuan membudayakan penggunaan internet yang bertanggungjawab bagi mengurangkan ancaman jenayah siber dalam kalangan peserta.

AKTIVITI

Peserta akan didedahkan dengan penerangan dan pengenalan tentang keselamatan digital melalui program NADI SAFE. Mereka akan mempelajari teknik penggunaan internet yang betul dan selamat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan. Selain itu, nilai-nilai murni seperti menghormati pendapat orang lain dalam komunikasi atas talian turut diterapkan. Taklimat ini juga akan memberikan panduan tentang cara melindungi maklumat peribadi serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan data.

Lihat Gambar Disini