mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT NADI SAFE SK KG BETONG

Tarikh            : 14/10/2024

Masa             : 9.00am – 11.00am

Tempat          : SK Kg Betong

Peserta          : 235 peserta

TUJUAN

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai program NADI SAFE dan kepentingan keselamatan dalam talian. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan digital, termasuk kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Selain itu, program ini dapat membudayakan penggunaan internet secara positif serta membantu mengurangkan risiko ancaman keselamatan siber dalam kalangan peserta.

AKTIVITI

Peserta akan diberikan penerangan dan pengenalan mengenai konsep keselamatan digital melalui program NADI SAFE. Mereka akan diajar tentang cara penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab bagi mengelakkan penyalahgunaan di masa hadapan. Selain itu, peserta akan diterapkan dengan nilai-nilai murni, termasuk sikap hormat menghormati dalam komunikasi dalam talian. Taklimat ini juga akan memberi panduan mengenai perlindungan maklumat peribadi bagi mengelakkan risiko eksploitasi dan penyalahgunaan data.

Lihat Gambar Disini