mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT NADI SHIELD DI SMK GULAU

Tarikh            : 24/10/2024

Masa             : 9.00am – 11.00pm

Tempat          : SMK Gulau

Peserta          : 536 peserta

TUJUAN

Taklimat ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai NADI SHIELD serta kepentingan keselamatan dalam talian. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan penggunaan internet secara selamat, termasuk memahami manfaat dan risikonya. Selain itu, taklimat ini diharapkan dapat membentuk budaya penggunaan internet yang bertanggungjawab serta membantu mengurangkan ancaman jenayah siber dalam kalangan peserta.

AKTIVITI

Peserta akan diberikan penerangan serta pengenalan mengenai keselamatan digital melalui program NADI SHIELD. Mereka akan didedahkan dengan teknik penggunaan internet yang bijak dan selamat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan. Selain itu, peserta akan diterapkan dengan nilai-nilai murni, seperti menghormati pandangan orang lain dalam komunikasi atas talian. Taklimat ini juga akan memberi tunjuk ajar mengenai cara melindungi maklumat peribadi serta langkah-langkah untuk mengelakkan risiko penyalahgunaan data.

Lihat Gambar Disini