mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT PENGGUNAAN DELIMA BERSAMA SK CHEPIR

Tarikh            : 6/05/2025

Masa             : 8.30am – 12.30pm

Tempat          : Sk Chepir

Peserta          : 120 peserta

TUJUAN

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada warga pendidik dan murid SK Chepir mengenai platform DELIMA (Digital Educational Learning Initiative Malaysia). Program ini membantu meningkatkan tahap literasi digital dalam kalangan warga sekolah dan memantapkan lagi penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, taklimat ini juga bertujuan memastikan semua pihak dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan melalui DELIMA secara optimum dan beretika.

AKTIVITI

Taklimat akan merangkumi pengenalan kepada sistem DELIMA, fungsi-fungsi utama yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid, serta demonstrasi penggunaan platform secara langsung. Antara yang akan disentuh termasuk penggunaan aplikasi Google for Education, Microsoft 365, dan pelantar pembelajaran digital lain yang disediakan di bawah DELIMA. Peserta juga akan diberi panduan tentang pengurusan akaun, keselamatan data, serta etika penggunaan dalam talian. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memastikan kefahaman yang menyeluruh dan penyelesaian kepada sebarang isu penggunaan.