mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT 2025 – SIRI 10 Topik: Deepfake & AI – Boleh Percaya ke Semua Video?

Tarikh            : 18/10/2025

Masa             : 3.00pm – 4.00pm

Tempat          : NADI Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 6 peserta

TUJUAN
Webinar ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman teknologi Deepfake dan penyalahgunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan palsu yang sukar dibezakan dengan yang sebenar. Program ini bertujuan membantu peserta memahami bagaimana Deepfake berfungsi, risiko yang timbul daripadanya, serta cara untuk mengesan dan menilai kesahihan sesuatu video sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

AKTIVITI
Peserta akan diberi penerangan tentang konsep asas Deepfake dan AI, termasuk contoh sebenar video yang dimanipulasi menggunakan teknologi ini. Sesi turut memaparkan panduan praktikal untuk mengenal pasti tanda-tanda video palsu, teknik verifikasi sumber, serta langkah keselamatan digital bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak sahih. Selain itu, perbincangan interaktif bersama pakar keselamatan siber dan kreator digital akan diadakan bagi membincangkan kesan etika, sosial dan undang-undang berkaitan penggunaan AI dalam media. Program ini diakhiri dengan sesi kuiz kesedaran bagi mengukuhkan pemahaman peserta

Lihat Gambar Disini