| Tarikh : 16/08/2025 Masa : 3.00pm – 4.00pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta mengenai isu buli siber yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan muda. Program ini juga berperanan membimbing peserta untuk mengenal pasti bentuk-bentuk buli siber, memahami kesan buruknya, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri dan orang lain.
AKTIVITI
Peserta akan diberi penerangan tentang definisi dan contoh buli siber, impak psikologi serta sosial yang dialami oleh mangsa, serta kepentingan melaporkan kes buli siber kepada pihak berautoriti. Selain itu, sesi perkongsian pengalaman dan perbincangan interaktif akan diadakan bagi membina semangat berani bertindak, mengamalkan empati, serta mewujudkan komuniti digital yang lebih selamat dan harmoni.