| Tarikh : 10/07/2025 Masa : 3.30pm – 5.00pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Webinar ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman komuniti, khususnya pengguna internet aktif, tentang ancaman serangan siber dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi serta memulihkan semula sistem atau data yang terjejas. Program ini bertujuan membimbing peserta agar lebih bersedia menghadapi insiden seperti pencerobohan akaun, serangan perisian hasad (malware), kecurian identiti digital, dan pelanggaran data. Ia juga memfokuskan kepada proses pemulihan pasca serangan dan pentingnya membina daya tahan siber (cyber resilience).
AKTIVITI
Peserta akan diberi penerangan tentang jenis-jenis serangan siber yang biasa berlaku seperti phishing, ransomware, serangan DDoS, dan scam dalam talian. Mereka akan didedahkan kepada langkah awal pencegahan, cara bertindak jika menjadi mangsa, serta teknik pemulihan asas termasuk penggunaan sandaran data, pemulihan akaun, dan pelaporan kepada pihak berwajib. Sesi turut melibatkan demonstrasi simulasi serangan dan tindakan segera yang perlu diambil. Selain itu, webinar ini akan menampilkan pakar keselamatan siber untuk berkongsi amalan terbaik dalam melindungi data serta membina sistem digital yang lebih selamat dan berdaya tahan.